Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
BUKIT LARUT, PERAK

TOPOGRAFI
Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak, dengan ketinggian 1,200 m. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini (Jeyarajasingam, 2012). Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit (Bukit Larut, 2013).

TOPONOMI
Bukit Larut atau Maxwell Hill dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880 (Bukit Larut, 2013; Shamsul Kamal Amaruddin, 2006). Namanya diubah ke variasi tempatan menjadi Bukit Larut tetapi masih ramai yang memanggilnya Maxwell Hill.

View Larger Map

TARIKAN
Bukit Larut yang diteroka oleh Residen British, George Maxwell pada 1880, kekal menjadi kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. Keindahan, kedinginan dan ketenangan bukit peranginan itu nyata tidak dimamah usia biarpun ia sudah diteroka sejak lebih 100 tahun lalu (Shamsul Kamal Amaruddin, 2006). Ia menjadi tempat yang disukai pencinta alam, peminat orkid dan pemerhati burung.


Bukit Larut
Pejabat Informasi Bukit Larut
Pemandangan di sekitar Bukit Larut

Pelbagai spesis flora yang terdapat di Bukit Larut
Pelbagai spesis flora yang terdapat di Bukit Larut
Pelbagai spesis flora yang terdapat di Bukit Larut

Pelbagai spesis fauna yang terdapat di Bukit Larut
Pelbagai spesis fauna yang terdapat di Bukit Larut
Pelbagai spesis fauna yang terdapat di Bukit Larut
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR PERAK
BELUM
Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini...
BATU GAJAH
Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan. Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah...
MAMBANG DI AWAN
Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang...
About
• The Project
• Objective
• Methodology
• Socio Economic Aspects
Contacts
info@heritagemalaysia.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988