LOKASI
Terletak kira-kira 12 atau 15 kilometer dari Bandar Mersing
TOPONOMI
Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa kepada kerjasama untuk menanam getah di kawasan yang terletak lebih kurang 5 batu dari Sungai Mersing. Setelah menjalani proses pembersihan kawasan dan penanaman, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan. Abul tidak tahan menanggung risiko ini dan ingin segera kembali ke Mersing. Beliau telah berkata kepada Lam Seng "Tinggallah Lu" sehingga terbitlah nama Tenglu.
TARIKAN
Tarikan di tenglu ialah tarian zapin (juga dikenalimsebagai permainan lapin) merupakan tarian yang berasal dari Tenglu, Mersing. Dan mempunyai pantai berlumpur tetapi pemandangan pulau yang cantik. Sesuai untuk aktiviti memukat pantai.