KOORDINAT / COORDINATES
2.199709° N; 102.296470° E (2° 11’ 58.9518” N; 102° 17’ 47.2914” E)
LOKASI
Mukim Duyong merupakan salah sebuah mukim yang terletak dalam pentakbiran daerah Melaka Tengah (Mukim Duyong, 2012). Ianya terletak 5.8 km ke arah Timur Bandar Hilir menggunakan Lebuhraya AMJ (Route 19).
LOCATION
Duyong is a suburb in the state of Melaka under the Melaka Tengah district (Mukim Duyong, 2012). It is located 5.8km to the East of Bandar Hilir using Route 19 (AMJ Freeway).
TOPONOMI
Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah (Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit. Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu (sekarang dipanggil Padang Temu). Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”. Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah (Radzi Sapiee, 2012; Kampung Duyong, 2007).
TOPONYMY
It was believed that the name of this place is closely related to the parents of Hang Tuah, the Malay lengendary warrior of the 15th century. His mother (Tun Lela Wati) and father (Tun Mahmud) from Bukit Siguntang, Palembang, had to retreat to Melaka, following the Majapahit Empire’s attack. They changed their names to Hang Mahmud and Dang Merduwati, as cited in the famous ‘Hikayat Hang Tuah’. On their way to Melaka, Hang Mahmud and his followers stayed on an island named Pulau Besar, Melaka for 40 days before moving to an area close to a river called Sungai Temu (now known as “Padang Temu”). While resting at the mouth of the river, they sighted a fish that resembled a mermaid. This unusual sighting made Hang Mahmud name the village “Kampung Duyong” and hence, decided to reside there. It was then the place where Hang Tuah, was born, as mentioned in ‘Hikayat Hang Tuah’ (Radzi Sapiee, 2012; Kampung Duyong, 2007).
TARIKAN
ATTRACTION
REFERENCES
Kampung Duyong. (2007). Retrieved at August 19, 2014 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Duyong
Radzi Sapiee. (April 26, 2012). Wacana manuskrip Melayu - Hang Tuah : Adiwira Dunia Melayu di Wisma Sejarah. [Blog post]. Retrieved at August 19, 2014 from http://merahsilu.blogspot.com/2012/04/wacana-manuskrip-melayu-hang-tuah.html

Perkampungan Warisan Hang Tuah
Muara Ikan Bakar, Sg Duyong![]() |
| SEMABOK |
![]() |
| Semabok is a small town located in the district of Melaka Tengah, Melaka (Semabok, 2014). It is located 5.6km to the East of Bandar Hilir using Route 5. |
| About | |
| • The Project | |
| • Objective | |
| • Methodology | |
| • Socio Economic Aspects | |
| Hightlights | |
| • Batu Gajah, Perak | |
| • Teluk Sari, Johor | |
| • Tanjung Rimau, Melaka | |
| • Pulau Payar, Kedah | |
| Contacts | |
| E: info@heritagemalaysia.my | |
| T: +603 8921 6579 | |