TOPOGRAFI
Batang Padang terletak 116km, kea rah selatan dari Ipoh serta 94km ke arah barat dari Teluk Intan. Daerah Batang Padang merupakan daerah yang terletak dalam Negeri Perak. Batang Padang meliputi Tapah, Kampar, Bidor, Mambang Diawan dan sebagainya. Pejabat pentadbiran terletak di bandar Tapah. Tapah terbahagi kepada Pekan Tapah dan Tapah Road (Batang Padang, 2013). Sungai Batang Padang merentasi pekan Tapah, bersebelahan dengan Masjid Tapah. Batang bermaksud sungai.
TOPONOMI
- Terbitnya nama Batang Padang dikatakan berpunca dari cerita sebatang pokok yang merentang sebuah padang. Mengikut cerita, 7 batu jauh ke hulu Sg. Btg Pdg itu terdapat sebuah kawasan atau padang yang begitu luas kira-kira 5 ekar. Di situ, tumbuhnya sebatang pokok merbau yang dipercayai keramat kerana seorang budak telah terkena penyakit gatal akibat menakik pokok itu hingga membawa maut. Seorang pemuda yang menakik pokok itu juga ditimpa nasib malang juga seperti budak itu. Lalu orang kampung telah memagar pokok itu. Orang kampung pada masa itu percaya kepada perkara tahyul, percaya bahawa pokok itu keramat. Tidak berapa lama kemudian, pokok itu tumbang lalu merentangi sungai itu.
- Cerita yg lain pula, Sg Btg Pdg ketika air naik atau banjir sering membawa batang pokok, apabila surut, banyaklah batang-batang pokok yang terdampar di atas daratan (Mohd Zul'adli Mat Noh, 2010).
- Bagi masyarakat orang asli, Batang Padang membawa maksud kawasan lapang atau tanah yang gondol tanpa pokok. Orang asli percaya bahawa ianya berasal dari kisah seekor beruk yang telah dihidupkan oleh seorang penduduk kampung ribuan tahun dahulu. Kerana terlalu murka dengan kejadian tersebut, Penjaga Alam telah memerintahkan Petir, air panas dan juga naga-naga untuk menghukum penduduk kampung yang pernah mendiami kampung tersebut. Tiga ekor naga yang perkasa telah turun dari kayangan untuk menyekat air sungai. Apabila air yang disekat itu menjadi tinggi, ketiga-tiga naga tersebut melepaskan air sungai itu dengan serentak. Kejadian itu ibarat sebuah empangan besar telah pecah dengan tiba-tiba. Air sungai yang mengalir deras telah membawa bongkah-bongkah batu yang besar dan merempuh kampung tersebut. Semua benda yang berada di laluannya telah musnah termasuklah kampung dan sebahagian hutan di kawasan tersebut. Keadaan kampung ibarat 'padang jarak padang tekukur'. Begitulah cerita bagaimana sungai ini mendapat nama (masMZ KaKiJaLaN, 2011).