LOCATION
Marang town is the seat of Marang District in the state of Terengganu and is located about 18 km to the south of Kuala Terengganu, the capital of the state of Terengganu. The town is located on the South China Sea coast and on the main coastal road connecting Kuantan and Kuala Terengganu. The main economic activity in the area is fishery although tourism is also gaining importance.
LOKASI
Bandar Marang merupakan pusat pentadbiran Daerah Marang di negeri Terengganu dan terletak kira-kira 18 km di Selatan ibu negeri Terengganu, iaitu Kuala Terengganu. Ia terletak di persisiran pantai Laut Cina Selatan dan di tepi jalan utama Kuantan-Kuala Terengganu. Aktivi ekonomi utama di kawasan ini adalah perikanan namun aktiviti pelancongan juga kian meningkat.
COORDINATES
5.2000 and 103.2200
KOORDINAT
5.2000 and 103.2200
TOPONOMI
Sekitar 150 tahun dahulu, Marang merupakan kampung nelayan yang majoriti penduduknya bekerja sebagai nelayan. Oleh kerana Kampung Marang, yang terletak di depan Kuala Marang dan Pula Kapas, merupakan tempat di mana nelayan berkumpul, maka terdapat banyak sisa-sisa ikan yang terbuang ke dalam sungai. Antara haiwan yang hidup di kawasan Sungai Marang pada ketika itu adalah memerang dan dikatakan oleh orang-orang tua, sisa-sisa ikan tersebut dimakan oleh memerang tersebut. Oleh itu terdapat cerita yang mengatakan bahawa Marang mendapat namanya daripada perkataan ‘memerang’.
Terdapat juga cerita-cerita lain yang dikaitkan dengan asal usul nama Bandar Marang antaranya adalah cerita yang mengatakan bahawa nama Marang berasal daripada nama seorang peniaga keturunan Cina yang terkenal pada suatu masa dahulu. Peniaga tersebut yang tinggal di kuala
sungai dipanggil Ma. Beliau merupakan seorang pengusaha hasil laut yang dikeringkan seperti ikan dan sotong. Diceritakan, rumah beliau penuh dengan jemuran hasil laut yang dijemur di atas para yang dipanggil ‘rang’ oleh penduduk tempatan. Oleh kerana Ma merupakan seorang pengusaha Cina yang terkenal dengan rang-rangnya yang amat banyak maka tempat tersebut dikenali sebagai “Ma-rang”.
ATTRACTION
Marang is well-known for dried sea products including fish, squid and prawns; handicrafts made of rattan, bamboo, straw, wood and fabric particularly batik and songket. These locally produced products can be found along the road from Kg. Ru Renggeh to Kg. Ru Muda. The Marang river cruise is also an exciting activity that enables you to explore nature and enjoy panoramic views. You can visit local fish farms and a fishing village. You might also be able to see many animals in its natural habitat including monkeys, macaques, otters, freshwater turtles and various rare bird species.
TARIKAN
Marang terkenal dengan hasil laut dalam bentuk kering seperti ikan, sotong dan udang, dan hasil kerja tangan yang diperbuat daripada rotan, buluh, mengkuang, kayu dan juga kain seperti batik dan songket. Kesemua produk-produk tempatan ini boleh didapati di sepanjang jalan dari Kg. Ru Renggeh ke Kg. Ru Muda. Aktiviti menyusuri Sungai Marang juga merupakan antara aktiviti menarik yang membolehkan anda menerokai alam semulajadi dan menikmati pemandangan indah lagi mendamaikan. Anda akan berpeluang melihat perusahaan ternakan ikan air tawar oleh penduduk tempatan dan singgah di perkampungan nelayan. Anda juga akan dapat melihat pelbagai spesis haiwan dalam habitat semulajadinya seperti monyet, kera, memerang, tuntung dan spesis-spesis burung yang jarang ditemui.
![]() |
About |
• The Project | |
• Objective | |
• Methodology | |
• Socio Economic Aspects |
![]() |
Hightlights |
• Setiu, Terengganu | |
• Tumpat, Kelantan | |
• Batu Gajah, Perak | |
• Pulau Payar, Kedah |
![]() |
Contacts |
E: info@heritagemalaysia.my | |
T: +603 8921 6579 | |