TOPOGRAFI
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka (Kerian, 2013).
TOPONOMI
Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN" (Kerian, 2013).