LOCATION
Batu Gajah is a town and district located 24km from Ipoh. Being a former tin mining area, Batu Gajah is largely populated by Chinese people, as a result of British colonization that brought in Chinese laborers for tin mining. (Batu Gajah, 2014).
LOKASI
Batu Gajah merupakan sebuah pekan serta daerah yang terletak 24km daripada Ipoh. Sebahagian besar populasinya berbangsa Cina kerana ini adalah kawasan bekas perlombongan bijih timah semasa penjajahan British (Batu Gajah, 2014).
TOPONOMI
Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan.
Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka semuanya penganut agama Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum benama, mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai bentuk dua ekor gajah. Kemudiannya, batu itu telah diletakkan di tebing Sungai Kinta untuk dua tujuan. Pertama, untuk memudahkan mereka mengenali tempat tersebut dan keduanya mungkin sebagai tempat penyembahan.
Versi kedua menurut orang-orang tua, pada zaman dahulu terdapat sejenis makhluk bernama Sang Kelembai (Gelembai atau Gedembai)). Makhluk ini dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah benda-benda hidup menjadi batu apabila ia menegurnya. Pada waktu itu, daerah ini diliputi hutan tebal tempat gajah-gajah liar merayau dengan bebas. Suatu hari, dua ekor gajah yang sedang menyeberangi Sungai Kinta telah ditegur oleh Sang Kelembai lalu menjadi batu; Batu berbentuk dua ekor gajah itu masih terdapat di Sungai Kinta berhampiran Kampung Pisang, tetapi ia hampir hilang akibat hakisan dan kegiatan perlombongan. (3) Kisah legenda ini tidak pernah disahkan benar atau sebaliknya (Majlis Daerah Batu Gajah (a), N.D.).ATTRACTION
There is a pre-independence era palace that was built by the owner of a rubber plantation Scot, Sir William Kellie Smith, which is called Kellie's Castle. Although Sir Kellie could not complete the construction of this palace, what remains are very beautiful and interesting (Batu Gajah District Council (b), ND) . There is also the last tin mining dredge that is open to the public. In addition, there are two golf courses; Kinta Golf Club and Clearwater Sanctuary Golf Course (Sloan, 2014). Looking for a mouth-watering local delicacy? Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah might have just the thing for you.
TARIKAN
Sebuah istana zaman pra-kemerdekaan yang dibina oleh pemilik ladang getah berbangsa Scotland, Sir William Kellie Smith, yang bernama Kellie’s Castle. Walaupun Sir Kellie tidak sempat menyiapkan pembinaan istana ini, apa yang tinggal didapati amat cantik dan menarik (Majlis Daerah Batu Gajah (b), N.D.) Selain itu, terdapat 2 padang golf; Kinta Golf Club dan Clearwater Sanctuary Golf Course (Batu Gajah, 2014)
![]() |
SUNGAI SIPUT |
![]() |
Teluk Gorek terletak pada hujung utara timur Johor dan hujung selatan Pahang. Ia berhampiran dengan Kuala Rompin dan Rompin di negeri Pahang (Endau, 2013)... |
![]() |
PARIT |
![]() |
Gunung ini adalah gunung ke-3 terendah didalam Negeri Johor, setinggi 898 kaki. Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing. Oleh kerana ia adalah mercutanda... |
![]() |
BUKIT LARUT |
![]() |
Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan... |
![]() |
About |
• The Project | |
• Objective | |
• Methodology | |
• Socio Economic Aspects |
![]() |
Hightlights |
• Batu Gajah, Perak | |
• Teluk Sari, Johor | |
• Tanjung Rimau, Melaka | |
• Pulau Payar, Kedah |
![]() |
Contacts |
E: info@heritagemalaysia.my | |
T: +603 8921 6579 | |