LOCATION
The state of Terengganu Darul Iman is located on the east coast of Peninsular Malaysia and is bordered in the north and northwest by Kelantan,
the south and southwest by Pahang, and the east by the South China Sea. The state has a total area of 13,035 km2 and a population of 1,015,776 as of 2010.
LOKASI
Negeri Terengganu Darul Iman negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan, di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang dan di bahagian timur menghadap Laut Cina Selatan. Keluasan negeri Terengganu adalah kira-kira 13,035 km2 manakala penduduknya adalah lebih kurang 1,015,776 berdasarkan bancian tahun 2010
TOPONOMI
Terdapat beberap cerita tentang asal-ususl nama ‘Terengganu’. Menurut satu cerita, pada zaman dahulukala sebelum Terengganu dikenali dengan nama tersebut, sekumpulan pemburu dari negeri Pahang pergi memburu di sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Ulu Terengganu. Seorang daripada pemburu tersebut terjumpa sebatang taring, lalu beliau bertanya kepada teman-temannya "Taring binatang apa itu?”. Maka jawab seorang daripada mereka" Taring anu" kerana tidak pasti taring binatang apa. Tidak lama kemudian, ada di antara mereka dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang memburu pun memberitahu bahawa mereka berburu di tempat "taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di tepi sungai "taring anu". Lama kelamaan tempat tersebut dikenali dengan Terengganu. Ada juga cerita lain yang menyebut bahawa nama Terengganu berasal daripada “Terang-nya-ganu”. “Ganu” bererti “pelangi”. Menurut cerita tersebut, beberapa orang pelayar Kelantan tiba di sebuah kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu dan melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya". Lama kelamaan tempat tersebut dikenali dengan Terengganu.
ATTRACTION
Terengganu is one of the Malaysian states endowed with a wealth of amazing natural landscapes. Terengganu has idyllic islands, white sandy beaches, crystal clear blue seas, lush virgin tropical jungle, quaint fishing villages, dazzling waterfalls and fascinating sceneries.
TARIKAN
Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam semulajadi yang menakjubkan. Anatara daya tarikan negeri ini adalah pulau-pulau yang indah, pantai-pantai berpasir putih bersih dan air laut yang jernih, hutan tropika yang menghijau, perkampungan tradisional nelayan, air terjun yang cantik dan pemandangan alam semulajadi yang menyegarkan.
![]() |
About |
• The Project | |
• Objective | |
• Methodology | |
• Socio Economic Aspects |
![]() |
Hightlights |
• Setiu, Terengganu | |
• Tumpat, Kelantan | |
• Batu Gajah, Perak | |
• Pulau Payar, Kedah |
![]() |
Contacts |
E: info@heritagemalaysia.my | |
T: +603 8921 6579 | |